Saturday, October 11, 2014

Pengorbanan Ibu

(Credit)

Assalammualaikum adik2,kakak nak cerita pasal pengorbanan ibu bapa yang menyelamatkan anaknya daripada dipancung.Tersebutlah kisah seorang ibu tunggal bersama anaknya yang suka mencuri.Suaminya telah lama meninggal dunia.Anaknya suka berjudi,mencuri,merompak dan lain2 lagi.Ibunya menasihatinya supaya berhenti daripada membuat kerja yang terkutuk itu,tetapi anaknya tidak mengendahkan nasihat ibunnya.Ibunya selalu berdoa kepada Allah agar anaknya mendapat hidayah.
Pada suatu hari,anaknya ditangkap oleh penduduk kampung kerana anaknya mencuri di desa.Penduduk kampung membawanya pergi menghadap raja.Raja menjatuhkan hukuman pancung kerana dia telah banyak melakukan kesalahan.Raja menetapkan hukuman bahawa dia  akan menjalani hukuman pancung pada keesokan harinya.Ibunya mendapat berita bahawa anaknya akan dipancung.Ibunya merayu kepada raja supaya anaknya tidak dipancung,tetapi anaknya tetap akan menjalani hukuman itu.
Pada keesokan harinya,anaknya sudah bersedia untuk dipancung.Apabila petugas menarik tali loceng buat kali pertama tetapi loceng tersebut tidak berbunyi..Petugas itu menarik beberapa kali lagi tetapi tiada bunyi juga.Tiba2 tali loceng itu dituruni dengan darah.Semua yang berada di situ berasa hairan,rupa rupanya badan si ibu tua telah hancur berkecai.Pada malam sebelum anaknya dipancung,ibunya bersusah payah mengikat dirinya ke dalam loceng itu kerana tidak mahu anaknya dijatuhkan hukuman pancung.Mayat ibunya diturunkan daripada loceng tersebut.Anaknya menangis kerana melihat pengorbanan ibunya..Anaknya tidak dijatuhkan hukuman pancung kerana ibunya telah menggantikan tempatnya..

Pengajaran daripada cerita ini:
Hargailah ibu bapa kite selagi mereka masih ada..